Bismillah..
Assalamualaikum, Selamat pagi.
Alhamdulillah, pagi ni cuaca dah bertukar cerah tak seperti 2 hari lepas, hujan yang tiada 'stop' nya. risau juga takut Kota Tinggi dilanda BAH/Banjir Besar lagi macam tahun 2007 kalau tak silap. Cuaca sekarang ni memang tak boleh diduga lah. Cerah.. dan sekelip mata tiba-tiba hujan. Bumi dah Tua, tunggu masa untuk ..... Takut kan? ish. Tukar topik lah..
Hehe hati ni berharap hari-hari akan datang cuaca elok-elok tak terlalu panas dan tak hujan. KERANA! kita satu family nak pergi Holiday ke Bukit Gambang Waterpark, Kuantan Pahang. I'm so Excited. Kebiasaannya, dengan family kat rumah je kan so kali ni tukar angin pergi jalan-jalan makan angin. hehe. Bukan selalu pon sekali sekala, 1 tahun dapat holiday 1 kali pon dah okey, tak delah masing-masing nak mengadap kerja je kan. Tapi zyra bertuah dapat keluarga yang sporting, cakap je mana nak pergi kalau ada wang tu, memang terus pergi, kalau tiada wang tu ha! saving-saving sampai dapat pergi. Hopefully, semoga Allah swt memudahkan segala kerja, urusan & impian yang zyra & family ingin kan. Aamiin. Ya Allah.
okey lah. nanti kita sambung2 lagi..
Bye Bye Bye. Assalamualaikum. *senyum senyum selalu*
No comments:
Post a Comment