Wednesday, 18 December 2013

Cemburukan Kejayaan Orang Lain

Assalamualaikum. :)

Hye, macam dah lama tak update blog ni, ada lah dalam 1 weeks macam tu. Ada sikit sawang di sana dan sini hehe. Hari ni macam biasa nak buat curhat tentang apa yg sedang dirasai dalam hati ini.

AKU CEMBURU!
Ya, aku cemburu tapi cemburu ni adalah cemburu positif, cemburu tengok orang lain senang, ada harta, ada kereta, ada wang. Aku cemburu, macam2 aku fikir. Sampai bila aku nak biarkan cemburu ni menguasai diri ni tanpa berbuat apa2, just wait and see, sampai bila? Aku kena berubah, berubah untuk lebih baik, lebih bermotivasi, lebih berilmu, lebih usaha untuk aku capai segala impian aku. Mungkin selama ini, sifat sambil lewa aku menjadi kebiasaan sehingga aku terbiasa dengan semua itu.

Jadi, aku dengan harapan dan jiwa semangat aku betul2 nak berubah dan jadikan segala apa yang aku inginkan menjadi kenyataan insyaallah dengan izin Allah. Insyaallah. Semoga apa yang aku inginkan ini menjadi 1 titik permulaan dalam hidup aku untuk berjaya. Mungkin orang pandang remeh pada apa segala serta keinginan aku ini. Tapi aku akan buat dan lakukan semua ni sehingga apa yang aku ingin jadi kenyataan.

Nak tahu apa yang aku ingin kan?? Hehe adalah.. RAHSIA! Yang penting, aku dapat happykan kedua IbuAyah aku. Aamiin. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan urusanku oleh Allah saw. Kita manusia merancang, dan Allah yang menentukan aoa yang terbaik untuk hambanya. Setiap yang aku lakukan biarlah dengan izin dan Redha dari Allah saw. Insyaallah. WISH ME LUCK :)

Wednesday, 4 December 2013

Sharing dari Ustaz Zahazan

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?...
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT


KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (Abu Dawud)

Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, "Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?" Nabi s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (Abu Dawud)

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher dan kakinya, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Jasa seorang yang bernama BAPA

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..."  dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak, dia nak sambung belajar laptop yang mana yang ok?".   Aku mempromosi barang seperti biasa. aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." pergi dengan suatu perasaan yang lain. Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan, aku duduk di kaunter menunggu pelanggan dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je, karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya."Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" -"Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya penuh harapan. Aku geram kepada anaknya seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya. Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin... 
KONGSIKAN sbg tanda sayang kita pada ayah ibu. Anak zaman sekarang bukan tahu ibu bapa ada wang atau tidak mereka mahu apa yang mereka mahu jea~         
#Copypaste

Tuesday, 3 December 2013

Bertukar Haluan. hehe

Assalamualaikum.. <3
Alhamdulillah. harini hari ke 3 saya ber'blogger' hehe. nak cerita pasal apa ea? okey kita sambung cerita semalamla. ha! kan kitorg 1 family nak ke Bukit Gambang Waterpark Kuantan kan? Berkemungkinan besar tak jadi. sebab kat sana hujan turun mencurah-curah. BANJIR dah. ermm.. ada sedikit rasa sedih dan terkilan juga tak dapat pergi. sebab dah sebulan plan & dan siap tempah homestay pon. nasib akak tu nak refund duit deposit tu. so kitorang akan bertukar haluan. Dah bincang-bincang kitorang nak  ke rumah pakbusu Azman kat Puchong, sebelum tu singgah Wonderland!. yeayh. harap segalanya dipermudahkan lah. dah lama tak jalan. Ibu cakap kita tangguh ke Gambang dalam bulan 3, time tu kita ajak semua saudara mara yang nak pergi hehe. nak buat camna kan, ada hikmah kenapa tak dapat pergi gambang time ni, dan ada hikmah kenapa Kuantan Banjir. Setiap yang berlakukan ada hikmahnya. kita sebagai manusia & hamba Allah kena berfikiran +ve dan redha dengan segala apa yang berlaku kan. Wuallahualam...
8.30pm
Alhamdulillah, sedang lepak-lepak dengan sepupu, ibu, ayah & adik2. Masing-masing tukar fikiran pula tak jadi pergi rumah pakbusu kat puchong nak stay kat melaka je. Ye lah nak round 1 KL selama 3 hari, nak pergi wonderland lagi macam terkejar pula. So tukar lagi, kali ni stay kat homestay Air Keroh Melaka. Gode2 internet cari homestay kat carihomestay.net terjumpa 1 rumah. Call2 je terus tuan rumah tu kata homestay tu memang kosong. Alhamdulillah, rezeki kami mungkin. So kita sambung cerita selanjutnya di Melaka nanti. Hehe..
Selamat Malam.
Bye!

Monday, 2 December 2013

Tak mau Hujan dah please. ;)

Bismillah..

Assalamualaikum, Selamat pagi.

Alhamdulillah, pagi ni cuaca dah bertukar cerah tak seperti 2 hari lepas, hujan yang tiada 'stop' nya. risau juga takut Kota Tinggi dilanda BAH/Banjir Besar lagi macam tahun 2007 kalau tak silap. Cuaca sekarang ni memang tak boleh diduga lah. Cerah.. dan sekelip mata tiba-tiba hujan. Bumi dah Tua, tunggu masa untuk ..... Takut kan? ish. Tukar topik lah..

Hehe hati ni berharap hari-hari akan datang cuaca elok-elok tak terlalu panas dan tak hujan. KERANA! kita satu family nak pergi Holiday ke Bukit Gambang Waterpark, Kuantan Pahang. I'm so Excited. Kebiasaannya, dengan family kat rumah je kan so kali ni tukar angin pergi jalan-jalan makan angin. hehe. Bukan selalu pon sekali sekala, 1 tahun dapat holiday 1 kali pon dah okey, tak delah masing-masing nak mengadap kerja je kan. Tapi zyra bertuah dapat keluarga yang sporting, cakap je mana nak pergi kalau ada wang tu, memang terus pergi, kalau tiada wang tu ha! saving-saving sampai dapat pergi. Hopefully, semoga Allah swt memudahkan segala kerja, urusan & impian yang zyra & family ingin kan. Aamiin. Ya Allah.

okey lah. nanti kita sambung2 lagi..

Bye Bye Bye. Assalamualaikum. *senyum senyum selalu*

Sunday, 1 December 2013

1st time ber 'Blogger'

Assalamualaikum.

Nama saya Arzyrah Sani. 89's. Asal Kota Tinggi, Johor. dan masih bujang. haha. Selamat datang ke blogspot wahai Arzyrah. 1st time berblogger katanya, almaklum orang ada blog ekau pon nak berblog blog juga. haha. 2.12.13 jam 1.46pm , Actually,  saya baru nak bertatih-tatih cara buat blog, orang lain dah berlari ke'expert'an dah. Nampak x ketinggalan zaman kat situ? haha. Sebelum ni, bukan tak nak buat tapi perasaan malas tu memuncak2 sangat. dah tua baru nak berblog bagai. tapi  saya harap  saya berblog ni untuk jalan kebaikan lah, bukan blog sebab nak bergosip bagai kan. okey lah. ini post pertamaku.  saya harap pada yang terror ber'blogger' tu bole bimbing zyra eh! hehe :)

nak contact zyra? boleh..  click Link bawah ni :D

Facebook : Noorul Arzyrah
Page Business : Zyyraa's By Arzyrah
Twitter : @arzyrah
Instagram : @arzyrah