Thursday, 9 January 2014

Mancis dan Manusia

Masha Allah tabarakallah, bagusnye tazkirah ni utk renungan bersama Tazkirah Pengubat Hati buat renungan kita bersama.

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok. Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak. Oleh kerena itu, setiap kali ada gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn perasaan marah hanya kerena gesekan kecil. Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat pula makan burung.

Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita. Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi ADA yang lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA. Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak perkara yang belum kita kerjakan dan setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia kerana sibuk hal keduniaan.         

⏳Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong. ✅ Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat. Sebab semuanya telah tertulis sebelum ianya terjadi seperti yang di ingat oleh Pencipta kita dan surah Al-Hadid ayat 22-24.

Apa yang ditanam, itulah yang akan kita tuai...          "Manusia ini ibarat seperti satu botol, botol yg sama.
1. kalau di isi air mineral, harganya RM 1++          2. kalau di isi jus, harganya jd RM 8++
3. kalau di isi Madu yaman, akan jd RM200++          4. kalau di isi minyak wangi odd, akan jd RM1000
5. kalau di isi air longkang, ianya akan di buang dalam tong sampah kerana langsung xde harga dan tiada siapa yg suka.

Botol yg sama tp harganya berbeza sebab isi dalamnya berharga. Manusia semua sama, yang membezakannya adalah iman & amal dalam dirinya yang akan menyebabkan dia berharga di sisi ALLAH atau dia di pandang hina oleh ALLAH lalu di buang kedalam neraka.          Fikir-fikirkan lah sebelum kita dipanggil & disoal apa tujuan kita di hidupkan didunia ini.

Wallahuálam.

Wednesday, 18 December 2013

Cemburukan Kejayaan Orang Lain

Assalamualaikum. :)

Hye, macam dah lama tak update blog ni, ada lah dalam 1 weeks macam tu. Ada sikit sawang di sana dan sini hehe. Hari ni macam biasa nak buat curhat tentang apa yg sedang dirasai dalam hati ini.

AKU CEMBURU!
Ya, aku cemburu tapi cemburu ni adalah cemburu positif, cemburu tengok orang lain senang, ada harta, ada kereta, ada wang. Aku cemburu, macam2 aku fikir. Sampai bila aku nak biarkan cemburu ni menguasai diri ni tanpa berbuat apa2, just wait and see, sampai bila? Aku kena berubah, berubah untuk lebih baik, lebih bermotivasi, lebih berilmu, lebih usaha untuk aku capai segala impian aku. Mungkin selama ini, sifat sambil lewa aku menjadi kebiasaan sehingga aku terbiasa dengan semua itu.

Jadi, aku dengan harapan dan jiwa semangat aku betul2 nak berubah dan jadikan segala apa yang aku inginkan menjadi kenyataan insyaallah dengan izin Allah. Insyaallah. Semoga apa yang aku inginkan ini menjadi 1 titik permulaan dalam hidup aku untuk berjaya. Mungkin orang pandang remeh pada apa segala serta keinginan aku ini. Tapi aku akan buat dan lakukan semua ni sehingga apa yang aku ingin jadi kenyataan.

Nak tahu apa yang aku ingin kan?? Hehe adalah.. RAHSIA! Yang penting, aku dapat happykan kedua IbuAyah aku. Aamiin. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan urusanku oleh Allah saw. Kita manusia merancang, dan Allah yang menentukan aoa yang terbaik untuk hambanya. Setiap yang aku lakukan biarlah dengan izin dan Redha dari Allah saw. Insyaallah. WISH ME LUCK :)